Apabila seseorang melakukan kesalahan terhadap kita, kita berhak sama ada memberi maaf ataupun membiarkannya terus dgn dosa-dosanya itu. Kita boleh bersorak ria kerana dosa org tersebut tidak dimaafkan.
Bagaimana? Terasa Lega?
Sesetengah org mmg begitu. 'MAAF' sesuatu yg amat berharga dan sukar diberi walaupun diminta.
Apatah lagi jika kesalahan itu disengajakan dan menyakitkan hati. Tak mudah mengucapkan "Aku maafkan kau" dan mengambil masa yg lama.
Mmg tak salah berpendirian seperti itu, sbb ia akan menjadi satu pengajaran yg amat bagus kpd pesalah itu. Insya-Allah dia akan serik. Itu juga menandakan ketegasan pendirian anda yg tidak mudah goyah.
Tapi tahukah anda kesalahan yg tak dimaafkan itu akan berlanjutan hingga ke Akhirat?
Disana orang yg bersalah terpaksa memeberikan pahala kebaikkannya untuk menebus maaf. Hingga akhirnya dia muflis dan dimasukkan ke Neraka.
Mcm tu sekali besarnya implikasi 'maaf'.
Sekali lagi, sama ada anda bertegas untuk tidak memaafkan atau memberi maaf ia akan menjadi penentu kpd nasib seseorang yg bermasalah dgn anda di akhirat.